22 April 2022

KERANA CUBA BERPUASA - BAD INDIGO PENGSAN DI TEMPAT KERJA



"Selasa lalu saya pengsan sebab cuba berpuasa. Doktor sudah kata mungkin susah untuk saya berbuat demikian kerana masih perlu makan ubat kencing manis bagi menuetralkan kandungan gula dalam badan. Ini kerana saya kena isi perut dengan makanan atau minuman.


"Apabila saya cuba berpuasa dan banyak melakukan pergerakan di tempat kerja, itu yang membuatkan saya pengsan. Apa saya ingat, pandangan terus gelap dan sedar terus berada di tempat lain. Kawan cakap saya jatuh tersungkur di kerusi 'walker' dan mereka terus bagi saya makan dan minum.

"Ia terjadi sebab kurang gula dalam badan. Kalau di rumah pada hujung minggu saya boleh puasa sebab memang baring saja dan tidak banyak pergerakan," itulah kata penyanyi, Bad Indigo yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) pengsan di tempat kerja kerana cuba berpuasa pada Selasa lalu.

Bad berkata, dia dinasihati doktor agar tidak berpuasa kerana penyakit kencing manis dialami selain masih perlu makan ubat bagi menyeimbangkan gula dalam badan.

Menurut Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, dia mengambil keputusan untuk bekerja di bahagian kreatif bengkel kereta Reiber Auto sejak awal tahun ini.

"Saya nak juga kembali bekerja selepas dua tahun tak ada kerja ekoran pandemik. Lagipun sebelum ini sudah 26 tahun saya bekerja dan sudah biasa. Namun, sejak dimasukkan hospital dan menjalani prosedur membuang jari kaki, memang otak tepu dibuatnya sebab tak tahu nak fikir macam mana lagi. Kalau saya terus duduk diam dan tak buat apa-apa, saya takut ada penyakit lain pula.

"Saya nak otak sentiasa 'berjalan'. Itu sebab saya bekerja di sini dalam bahagian kreatif selepas ditawarkan oleh pemilik bengkel ini. Alhamdulillah, ada juga pendapatan sendiri. Tidaklah mengharapkan bantuan kerajaan saja," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: