22 April 2022

PERKAHWINAN BERTAHAN 3 BULAN - MAK WAN LATAH REDA, ENGGAN BUKA AIB KELUARGA EBKAS SUAMI



"Saya tidak mahu menjawab kerana tak nak aibkan sesiapa. Saya tidak mahu aibkan keluarga di sebelah sana (bekas suami). Biarlah Allah sahaja yang menghukum dan tentukan segalanya," ujar pelakon veteran Mak Wan Latah yang reda dengan segala ketentuan yang telah berlaku apabila ikatan perkahwinan cuma bertahan selama tiga bulan.


Enggan mengulas lanjut punca perpisahan itu, Mak Wan atau nama sebenrnyaa Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, berkata dia tidak mahu membuka aib mana-mana pihak dan menerima takdir yang sudah tertulis ini.

Mak Wan berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook pada malam Khamis. Pelakon drama '7 Hari Mencintaiku 3' ini berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Klik untuk gambar besar



Ikatan perkahwinan akhirnya terlerai apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pagi Khamis, 21 April. Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.

Dalam pada itu, Mak Wan juga berharap supaya tiada mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan bercerita perkara tidak benar berhubung penceraiannya itu: "Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini. Allah sudah tetapkan ini hikmahnya buat saya," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: