01 April 2022

AMAR BAHARIN: "AMYRA DIBERI REHAT... DIA ALAMI SAKIT SENDI & BENGKAK SEHINGGA SUSAH BERJALAN"



Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, pelakon Amar Baharin telah berkongsi keadaan Amyra Rosli dimana keadaan itu tidak pernah berlaku kepada isterinya yang juga seorang pelakon ini. Tambahnya, Amyra telahpun menjalani pemeriksaan beberapa hari lalu, namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik.


"Memang pelik sebab tidak pernah berlaku seperti ini. Selepas buat ujian darah, doktor beritahu tidak ada sebarang jangkitan kuman. Malah doktor sendiri tidak dapat memberi penyelesaian terhadap penyakit yang dihidapinya," katanya.

Sementara itu menerusi perkongsian IG Story Amyra sebelum ini, dia masih meneruskan penggambaran drama seperti biasa. Bagaimanapun selepas keadaan menjadi semakin serius, dia diberi waktu rehat.

Jelas Amar ketika dihubungi media, isterinya itu terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran drama 'Jangan Menangis Cinta' kerana mengalami sakit sendi dan lebam di beberapa bahagian pada tubuhnya termasuk bengkak pada bahagian kaki selain batuk yang tidak henti.

Klik untuk gambar besar



"Amyra diberi rehat selama tiga ke empat hari kerana keadaan dia agak teruk sehingga susah untuk berjalan. Dia mengalami sakit sendi dan bengkak pada beberapa bahagian dan yang paling teruk adalah di kaki.

"Dalam tempoh rehat ini saya akan bawa dia untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut di pusat perubatan atau mendapatkan rawatan perubatan Islam.

"Saya sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan jika Amyra hanya berehat di rumah. Rasanya lebih baik dia ditahan di wad dahulu supaya doktor boleh memantau keadaannya," jelas Amar.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4, dan Ayra Aryssa, 2.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: