"Happy 13th Birthday my darling daughter.. 🥰🥰. The day u were born was the greatest moment of my life 🥰 You are unbelievably precious to me sayang.. I promise you that I will devote my life to providing u with unlimited love n affection.. jadilah anak yg solehah, yg berakhlak, yg disenangi dan disayangi oleh semua..
"Moga bahagia dan berjaya zahir batin, dunia dan akhirat duhai anakanda mom 💋❤️🥰🥰," demikian tulis primadona Malaysia, Erra Fazira yang memuat naik video sambutan ulang tahun kelahiran anaknya, Engku Aleesya yang ke-13 tahun.
Menerusi entri itu, Erra turut meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Aleesya dalam hidupnya serta menyifatkan anaknya itu adalah paling berharga buat dirinya. Malah, Erra turut mengambil kesempatan dalam mendoakan Aleesya menjadi anak yang solehah serta berjaya dunia akhirat.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian Erra itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Aleesya semakin cantik dan iras seperti ibunya. Tidak kurang juga ada peminat mengatakan wajah Aleesya sangat sama dengan wajah Erra ketika berlakon dalam filem 'Sembilu'.
Untuk makluman, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.
Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 13 tahun.
________________________

No comments:
Post a Comment