01 April 2022

NYANYI LAGU RAP DI MAJLIS AGAMA - USTAZ KURANG SENANG DENGAN WARIS



Baru-baru ini, sebuah video yang dikongsikan di media sosial yang memaparkan seorang penyanyi lelaki dilihat membuat persembahan hip hop ketika berlangsung di sebuah majlis agama, telah tular.


Apa yang menjadi perhatian ramai, rata-rata netizen mengatakan lelaki tersebut merupakan penyanyi rap kelahiran Negeri Sembilan, Waris. Lebih menjadi perdebatan netizen, persembahan Waris itu mendapat reaksi kurang senang daripada ustaz yang berada di situ.

Dalam video tersebut, ustaz kelihatan menunduk sambil memegang kepalanya, manakala beberapa individu lain memandang Waris dengan reaksi kurang senang.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengkritik persembahan penyanyi itu dikatakan tidak sesuai di majlis berkenaan.

Dalam pada itu, ada netizen meluahkan rasa simpati dengan golongan agamawan yang hadir sepatutnya disajikan dengan alunan selawat atau qasisah. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lebih lanjut mengenai majlis dan lokasi dimana acara itu diadakan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: