01 April 2022

KINI BERGELAR PROFESOR MADYA - SOO WINCCI DAPAT PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS



"Beberapa tahun ini, kita semua betul-betul diuji. Bak kata pepatah, 'apa yang tak dapat musnahkan kita, ia akan menjadikan kita lebih kuat'. Ini memang bukan 'April Fool'. Hari ini, secara rasminya saya dilantik sebagai Profesor Madya. Bermula daripada seorang ratu cantik, sekarang, satu demi saya langkah ke alam profesor," itulah kata penyanyi dan bekas ratu cantik Miss World Malaysia, Dr Soo Wincci.


Tambah Wincci berkata, pelantikannya sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik dan menjadi Miss World Malaysia pertama itu telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR), hari ini.

Menerusi hantaran dimuat naik, Wincci juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang ada di sepanjang perjalanannya dan turut berkongsi perasaan patriotiknya.

Klik untuk gambar besar



"Jutaan penghargaan kepada semua yang selalu menyokong perjalanan saya. Terima kasih juga kepada semua yang mentertawakan, mengkhianati dan melukakan saya. Segalanya pasti ada hikmah tersirat.

"Ia adalah satu bab baharu. Saya tidak akan melupakan negara saya. Saya juga tak akan melepaskan pasaran antarabangsa. Jangan menyerah kalah kepada impian anda dan sentiasa bangkit lebih kuat selepas setiap kejatuhan," tulisnya yang juga turut memuat naik gambar sijil yang diterimanya daripada organisasi itu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: