01 April 2022

'USTAZAH' KAITKAN ANAK AUTISME DENGAN JIN - FENDY LUAH KECEWA, MINTA JAGA HATI IBU BAPA



"Mengapa semua perkara hendak dikaitkan dengan jin. Adakah kami yang kurang daya penglihatan ini disebabkan gangguan jin? Isu ini sensitif dan rasanya sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama, mereka tahu untuk menghormati perasaan ibu bapa seperti saya.


"Saya reda dengan kurniaan Tuhan dan sentiasa ambil sikap positif dengan ketentuan ini. Allah sudah katakan anak-anak seperti ini adalah anak syurga," tutur pemain dram Caliph Busker iaitu Fendy Adlun, 31, yang akui sedih apabila kekurangan anaknya itu yang mengalami masalah autisme, dikaitkan dengan gangguan jin.

Baru-baru ini, seorang wanita bergelar ustazah memuat naik hantaran di Facebook. 'Ustazah' terbabit membahaskan mengenai anak autisme yang katanya ada kaitan dengn jin.

Fendy yang juga mengalami masalah penglihatan menerusi laman Instagram telah memuat naik satu hantaran dimana dia memohon agar tidak menggunakan agama untuk kepentingan sendiri atau bertujuan sebagai satu bahan pemasaran.

Klik untuk gambar besar



Menurut Fendy lagi, ketika dihubungi media berkata, semua pihak sepatutnya menghormati perasaan ibu bapa yang dikurniakan cahaya mata daripada golongan orang kelainan upaya (OKU).

Bercakap tentang cabaran membesarkan anaknya, Nur Azalea Zafirah, 7, seorang diri, kata Fendy dia amat bersyukur kerana dibantu oleh rakan sekeliling. Bagaimanapun, Fendy juga bimbang tidak dapat menguruskan anaknya itu dengan baik terutamanya berkaitan hal wanita.

"Orang-orang sekeliling banyak membantu menjaga anak ketika saya keluar bekerja. Cabaran utama saya adalah daripada segi pengurusan kerana anak semakin dewasa. Bagaimana nanti dia sudang datang bulan dan ada keperluan yang saya tidak tahu untuk uruskan. Atau apabila keluar bersama dan dia perlu ke tandas awam, semestinya sukar untuk dia pergi sendiri," ceritanya.



Fendy menjaga anaknya sendiri selepas berpisah dengan bekas isteri iaitu Nadira Rubina yang juga merupakan anggota Caliph Busker, pada 2018.

Selain itu, memikirkan kebajikan anak, Fendy berkata, dia terbuka untuk menerima pengganti dan memberitahu sudah berkenalan rapat dengan seorang wanita.

"Saya kesiankan nasib anak yang membesar hanya bersama saya tanpa seorang ibu. Ada masa dia terpaksa ikut saya keluar bekerja. Semestinya saya terbuka untuk mencari pengganti hati dan sekarang ada berkawan rapat dengan seorang wanita," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: