04 April 2022

BAKAL BERSALIN DI AUSTRALIA - RAJA ILYA & SUAMI TERUJA IMPIAN TIMANG BAYI PEREMPUAN TERCAPAI



"Ia merah jambu. Maksudnya, ia bayi le.... maaf, perempuan," kata suami Raja Ilya iaitu Trent Garret dalam sebuah video memotong kek yang dimuat naik di Instagram aktres itu, malam semalam.


Nampaknya impian Raja Ilya dan suami untuk menimang cahaya mata perempuan tercapai. Dalam hantaran itu, Ilya turut berkongsi perasaan teruja untuk menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinan mereka itu.

"Sangat teruja. Memang nak sangat bayi perempuan sebagai anak pertama. Boleh melaram sekali, 'doll up'. Syukur Alhamdulillah," tulisnya.

Menurut Ilya yang kini menetap di Australia, semuanya sudah tertulis oleh Allah dan keluarga sebelah suaminya juga sememangnya mengharapkan kehadiran bayi perempuan dalam keluarga.

Klik untuk gambar besar



"Allah tahu yang terbaik untuk kami. Amin. Nasib baik bukan bayi lelaki. Kita tak ada pengalaman sangat mengendalikan bayi lelaki. Sebelah (keluarga) Trent pula, semua lelaki. Jadi, mereka memang mengharapkan ada bayi perempuan dalam keluarga," tuturnya.

Ilya yang melangsungkan pernikahan dengan Trent pada 23 Disember 2018 itu juga mengucapkan terima kami atas doa pengikutnya di Instagram dan berharap bayi yang akan dilahirkan itu dalam keadaan sihat.

"Ramai yang teka bayi lelaki. Saya hargai tekaan anda semua. Yang penting, bayi sihat walafiat. Terima kasih untuk semua doa dan ucapannya," ujarnya.

Dalam video berkenaan, turut kelihatan beberapa ahli keluarga Trent termasuk ibu bapanya dan mereka kelihatan teruja ketika Trent memotong kek coklat yang disediakan dengan krim berwarna merah jambu di bahagian tengah.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: