04 April 2022

TIKTOKER CURI-CURI RAKAM KAK LONG 7E TENGAH ORDER MAKAN - NETIZEN BERDEBAT PATUT ATAU TIDAK



Sejak rakaman siaran langsungnya melakukan 'onar' di sebuah kedai serbaneka viral dalam kalangan netizen tidak lama dahulu, ada sahaja kontroversi yang dicetuskan oleh individu yang digelar Kak Long 7E. Terkini, Kak Long 7E dilihat sering menyorot perhatian umum di media sosial.


Namun, baru-baru ini, nama Kak Long 7E kembali diperkatakan netizen dan kali ini bukan disebabkan kelakuannya, tetapi rakaman yang didakwa diambil secara 'curi-curi' oleh netizen yang kebetulan berada di lokasi yang sama.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, kelihatan wanita yang dipercayai sebagai Kak Long 7E sedang memesan makanan di sebuah restoran, sambil diperhatikan oleh anak-anaknya.

Pada ruangan kapsyen, pengguna TikTok berkenaan menulis: "Saat-saat mendebarkan. Harap cukup la air batu. Risau takutterbang meja makan je.

Menerusi ruangan komen, kelihatan ramai yang meluahkan rasa risau, memandangkan hal-hal luar duga yang sering dicetuskan oleh wanita berkenaan.

Klik untuk gambar besar



"Adik ambik oder pun mesti ketar-ketar… takut jadi mangsa keadaan." - "Kalau aku terserempak dengan kak long ni, auto aku tukar meja social distancing 30 meter," antara kata netizen.

Tidak hanya itu, ada juga yang menegur kelakuan dua anaknya yang disifatkan sebagai tidak tahu untuk duduk diam.

"Anak dia memang tak boleh diam macam kanak-kanak lain ker." - "Geram pulak aku tengok anak dia, memang tak reti duduk diam ek?" soal beberapa netizen.

Begitupun, ada segelintir yang menegur tindakan individu yang merakam gerak-geri wanita yang dipercayai sebagai Kak Long 7E itu secara curi-curi.

"Janganlah macam ni. Dia nak duk makan pun awak nak rakam curi-cuti lepastu viral. Jangan kacau hidup orang. Dia punya salah tu benda lain. Peribadi orang kita jangan kacau." - "Kawan tu nak makan family, kita duk sibuk cari salah lagi," tegur pengguna-pengguna TikTok.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: