04 April 2022

DANIAL CHUER BERLAPANG DADA TERIMA TEGURAN RIDHUAN TEE



"Saya terima teguran itu dengan hati terbuka. Kalau perkara itu salah di mata orang, saya akan terima. Saya akan tengok balik dan cuba untuk tidak mengulangi hal-hal sedemikian pada masa akan datang. Saya juga ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tidak selesa dengan perkongsian dalam video terbabit.


"Lagipun sekarang ini bulan Ramadan, jadi saya tidak mahu hal-hal yang tidak berkaitan lalu di 'timeline' media sosial masing-masing," Iitulah tutur naib juara program realiti Big Stage 2022, Danial Chuer yang menerima teguran pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee dengan berlapang dada susulan rakaman aksi mesranya bersama penyanyi, Yazmin Aziz yang dikongsi di TikTok, baru-baru ini.

Danial berkata, dia juga akan memperbaiki segala kekhilafan pada masa mendatang dan berterima kasih kepada pihak tertentu yang tampil menegur perbuatannya itu. Menurut Danial, dia menganggap teguran yang diberikan Ridhuan dan netizen sebagai satu peringatan untuk dia lebih berhati-hati memandangkan segala pergerakannya kini semakin diperhatikan.

Klik untuk gambar besar



"Saya dan Yazmin memang rapat, tetapi perkara ini sedikit-sebanyak menjadi peringatan kepada kami untuk selalu menjaga kelakuan. Tambahan pula selepas tamat Big Stage 2022, semua orang mengikuti perkembangan kita.

"Saya tidak terasa hati dengan teguran itu, malah bersyukur ada yang sudi menegur. Lebih baik ditegur daripada orang tak nasihat apa-apa. Sekurang-kurangnya kita tahu salah kita apa. Saya pun sedar yang hal ini salah. Sebagai orang Islam, kami tidak mahu perkara sebegini terjadi lagi," kata yang turut mengaku turut menerima teguran serupa daripada ahli keluarganya.

Terdahulu, viral di laman TikTok apabila peserta Big Stage 2022, Yazmin Aziz memuat naik beberapa aksi berpelukan antara dirinya dan Danial. Aksi berkenaan mendapat kritikan dalam kalangan netizen, selain teguran oleh Ridhuan Tee.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: