04 April 2022

"RASANYA, DAH AGAK LAMA SAYA SINGLE (4 TAHUN MENDUDA)... SAMPAI TANYA KAWAN KALAU ADA CALON ISTERI" - NAZIM OTHMAN



Pelakon Nazim Othman yang sudah hampir empat tahun bergelar duda itu memberitahu dia tidak kisah hidup bersendirian. Bagaimanapun, Nazim berkata tidak bermakna dia seorang lelaki kesunyian, bahkan tidak trauma untuk mendirikan rumah tangga lagi, namun jodoh masih belum sampai buat dirinya.


"Rasanya, dah agak lama saya single dan bahkan, ini tempoh paling lama setakat ini. Bukan trauma (nak kahwin lagi) tapi saya ada dunia saya sendiri dan saya juga pernah berada dalam fasa menghadapi situasi-situasi yang tak berapa 'best' waktu membesar. Jadi, sekarang ini, saya suka sendiri. Sunguhpun begitu, tak bermakna apabila seseorang itu sendiri, dia kesunyian," katanya.

Mengakui dirinya seorang lelaki introvert, Nazim berkata sebelum ini selepas bercerai dia pernah terbuka hati untuk mencari pengganti namun tiada calon.

Klik untuk gambar besar



"Jujur, sekarang memang saya tiada siapa-siapa. Pernah dulu lepas bercerai terbuka hati nak cari pengganti tapi tiada calon yang saya jumpa. Saya sampai tanya pada kawan-kawan kalau mereka ada calon isteri yang sesuai untuk dipadankan dengan saya. Sampai tahap begitu sekali tapi Tuhan tetap tak hadirkan sesiapa (jodoh) buat saya.

"Tidak mengapalah. Saya fikir sekarang, ada banyak benda penting lain yang boleh dibuat dalam hidup selain sibuk cari pasangan,” tuturnya yang sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, sebelum bercerai pada 17 Mei 2018.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: