19 April 2022

BANDI AMUK RINDU SAMBUT RAMADAN SEBELUM C0V1D - MAHU HABISKAN MASA DI MASJID, NIAT NAK KHATAM AL-QURAN



"Sebenarnya ikutkan kita dah dua tahun tarawih di rumah saja. Jadi, tahun ini saya cuba untuk lapangkan waktu supaya dapat tarawih dan solat di masjid. Sebab bagi saya, inilah masanya... kadang-kadang kita tak tahu sampai bila usia kita. Ramai orang tanya, ada show ke Ramadan ini. Ada... tapi show untuk majlis bersama anak-anak yatim.


"Tapi memang sepanjang Ramadan ini, saya banyak habiskan masa di masjid. Dalam bulan puasa ini juga, saya cuba untuk khatam al-Quran juga... Insya-Allah," itulah ujar penyanyi Bandi Amuk yang meluahkan rasa rindu menyambut Ramadan seperti tahun sebelum pandemik C0V1D, selain memberitahu dia banyak menghabiskan masanya untuk melakukan ibadah di masjid.

Menjadikan bulan kumpul pahala, Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat, berkata dia hanya menerima undangan untuk membuat persembahan sekiranya melibatkan majlis amal.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi mengenai aktiviti sepanjang berpuasa, bekas peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) ini memberitahu dia tidak pernah lagi ke bazar Ramadan. Menurut penyanyi lagu 'Akar Dan Bumi' itu, dia lebih seronok berbuka puasa dengan jamuan yang sudah disediakan isteri dan anak-anak di rumahnya bersama cucu.

"Saya tak pergi bazar Ramadan sebab keluarga ramai... anak-anak dengan cucu lagi. Mereka suka datang rumah saya untuk berbuka puasa bersama. Bila datang, masing-masing bawa makanan juga. Jadi, meja pun dah penuh dengan makanan. Tapi makanan utama, memang orang rumah saya yang sediakan. Memang boleh dikatakan setiap hari anak cucu datang rumah berbuka sekali.

"Rumah anak pun dekat saja, selalu la datang bawa cucu-cucu saya sekali. Bukan saya tak keluar rumah, tapi lagi seronok berada di rumah bersama keluarga," tutur vokalis kumpulan rock, Amuk itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: