Penyampai radio Hot FM iaitu Fara Fauzana mengakui dia sudah lali berdepan soalan mengenai jodoh kerana sudah sering diajukan pertanyaan sebegitu. Tidak melatah dengan pertanyaan itu, Fara atau lebih mesra disapa Fafau berkata dia juga mengimpikan untuk berumah tangga namun soal rezeki dan jodoh atas ketentuan Allah.
"Ini bukan soalan peribadi dah, saya tak ada masalah. Saya selalu cakap dekat kawan-kawan tak ada masalah nak bertanya sebab itu juga adalah doa. Saya sebenarnya risau bila saya dah kahwin banyak benda saya tak boleh buat. Tak boleh nak fokus.
"Tapi kalau ia berlaku ia adalah rezeki, semua orang mengimpikan seperti itu tapi kalau belum lagi tidak menjadi masalah sebab kita ada keluarga dan kawan-kawan," jelasnya.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment