19 April 2022

LEGA DAPAT LUAH SELEPAS 4 TAHUN PENDAM - PUTERI SARAH MAHU UMRAH DENGAN TENANG, BERDOA DIBERI CARI JALAN KELUAR



"Saya dah lama kumpul duit dan rancang mahu ke umrah selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syukur diberi rezeki dan kesempatan untuk ke sana lagi. Kali ini saya mahu berdoa supaya diberi jalan keluar dari segala masalah dan petunjuk untuk penyelesaian," kata pelakon Puteri Sarah yang bersyukur apabila dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah sekali gus menyambut Hari Raya Aidilfitri di Tanah Suci Makkah.


Ketika berdepan kemelut rumah tangga yang berpanjangan, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, kesempatan kali ini akan digunakan dalam memohon diberikan jalan keluar dari segala masalah yang sedang dilaluinya.

Kisah rumah tangga Sarah dan suami iaitu pelakon dan pengarah Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian baru-baru ini apabila dia mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar. Selama empat tahun memendam rasa, kata Sarah dia kini lebih tenang selepas membuat luahan tersebut.

"Hati saya sangat lega sekarang ini kerana melepaskan beban selama empat tahun. Saya mahu ke umrah dengan tenang dan memberi tumpuan kepada ibadah. Saya juga berharap dapat dikelilingi orang orang yang positif," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, Sarah akan berada di Tanah Suci selama 16 hari bersama keluarga sebelum menyambung percutian ke Istanbul, Turki.

"Saya sudah kerja keras selama ini dan asyik sibuk dengan penggambaran. Jadi tak salah rasanya jika mahu bercuti seketika bersama keluarga. Anak kedua saya juga lahir ketika PKP dan tidak pernah bercuti," jelasnya.

Untuk makluman, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: