22 April 2022

BILA ADA SUMBER DAKWA MAWAR KARIM SUDAH KAHWIN



Usahawan tudung, Mawar Karim dalam kenyataan sebelum ini ada mengakui sedang bercinta serta mengenali hati budi seorang ahli perniagaan, selain merancang untuk berkahwin tahun ini.


Bagaimanapun, terbaru timbul desas desus mendakwa bekas isteri pelakon Fizo Omar itu sudah berkahwin lagi dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Utara tanah air.

Perkara itu didedahkan oleh seorang netizen kepada Kosmo! dimana sumber itu mendakwa Mawar sudah berkahwin pada 5 Februari lalu di Bukit Tinggi, Pahang: "Mawar tu dah kahwin dengan di Bukit Tinggi, Pahang," tulis sumber.

Turut disertakan dengan pendedahan itu, termasuk beberapa keping gambar usahawan itu dengan tirai latar (backdrop) tertera pangkal namanya dan lelaki berkenaan seperti digambarkan berapa pada hari bahagia mereka.

Klik untuk gambar besar



Malah, ada VIP yang juga kenalan terdekat pengantin yang turut ialah pelakon era 1990-an Mas Anizan serta isteri kepada seorang menteri Kabinet: "Dia dah 5 Februari," tambah sumber.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan perkara itu sama ada benar atau tidak. Yang jelas kelihatan hanya Mawar dilihat berpakaian serba putih seperti yang digayakan pengantin.

Mawar sebelum ini berkahwin dengan Fizo pada 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam kini berusia empat tahun.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: