22 April 2022

ISU RUJUK - FIZI ALI AKUI TAK PERNAH RANCANG, HANYA BERHUBUNG SEBAB ANAK



Menerusi laporan sebuah portal berita, Shakilla Khoriri ada mengeluarkan kenyataan mahu kembali rujuk dengan bekas suaminya, penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali. Bagaimanapun, kenyataan tersebut dinafikan oleh aktres itu menerusi laman Instagram miliknya.


Sementara itu, Fizi Ali yang diminta mengulas mengenainya berkata, dia masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas isteri, bagaimanapun menolak dakwaan pernah merancang untuk rujuk semula.

Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 33, memberitahu komunikasinya dengan bekas isteri lebih tertumpu kepada soal penjagaan anak tunggal mereka iaitu Ameena Sofia.

"Saya dan Shakilla tidak ada masalah selepas berpisah. Kami selalu berbincang soal anak dan tidak pernah bermasam muka. Bagaimanapun perbincangan untuk kembali bersama tidak pernah berlaku. Saya pun tidak tahu apa yang terjadi dalam satu temubual Shakilla sebelum ini," katanya kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Bercakap soal jodoh, Fizi tidak menolak jika bertemu dengan mana-mana wanita lain namun itu bukanlah perkara yang menjadi keutamaan dirinya buat masa ini.

"Saya tak boleh nak tolak kalau jodoh datang bergolek. Jika ada orang baharu saya terima dengan hati terbuka. Namun sekarang fokus saya adalah untuk anak dan kerja. Masa untuk diri sendiri pun tak cukup. Saya selesa dengan apa yang dilakukan," jelasnya.

Untuk makluman, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia, 3. Meskipun jodoh tidak panjang, Fizi berkata dia dan Shakilla bersepakat menjaga anak mereka.

"Mungkin kami tiada jodoh sebagai suami isteri tetapi takdir kami untuk membesarkan anak bersama. Saya harap semua dapat doakan kebaikan kami berdua," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: