02 April 2022

BILA AKSI MANJA ZUL ARIFFIN BARING ATAS PAHA RUHAINIES TERIMA PELBAGAI REAKSI



Pelakon Ruhainies sebelum ini tampil mendedahkan jejaka yang berada dalam video yang seakan perkahwinan itu merupakan aktor sensasi, Zul Ariffin sebagai pasangannya.


Video tersebut hanyalah sekadar gimik untuk mempromosikan satu produk dan ia menerima pelbagai reaksi netizen yang dimana ada yang memuji dan ada juga yang mengecam tindakan kedua-dua pelakon itu.

Terkini, selepas seminggu berlalu, seorang pengguna TikTok ada memuat naik video disebalik tabir pembikinan video itu.

Apa yang menjadi perhatian, video berkenaan memaparkan aksi 'romantis' Zul bersama Ruhainies dimana aktor itu dilihat baring di atas paha aktres itu sambil melelapkan mata.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video itu, Ruhainies dilihat tersenyum sebelum menepuk manja lengan aktor terbabit seolah-olah membiarkan lelaki itu agar dapat tidur lena.

Seperti sudah dijangka, video itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengkritik tindakan kedua pelakon itu yang seolah tidak menjaga batas pergaulan.

Tidak kurang juga, netizen berteka-teki sama ada mereka sudah mendirikan rumah tangga ataupun tidak kerana dilihat sangat selesa antara satu sama lain.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai kontroversi Zul Ariffin yang memuat naik sedutan babak panas bersama pelakon baru Siti Hariesa sehingga dikecam teruk netizen.






KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: