Menerusi perkongsian di laman Instagram baru-baru ini, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dan suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman ada memuat naik video melakukan parodi berlatar belakangkan suara usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Iqbal Zulkefli.
Perkongsian Heliza itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur melihat telatah suami isteri itu. Malah, ramai yang memuji suami Heliza yang dilihat sporting melayan kerenah isterinya.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang mengecam pasangan itu. Ada yang bertanyakan kenapa Heliza semakin hilang warak? Tidak kurang juga, yang meluahkan rasa meluat dan menyampah melihat pasangan itu.
Apa pun, semoga rumah tangga Heliza kekal bahagia.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment