02 April 2022

UMUM KINI HAMIL - UYAINA ARSHAD & SUAMI TAK PERCAYA BAKAL BERGELAR IBU & AYAH



"Insya-Allah, tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah. Saya mengandung. Sejujurnya kami masih tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. Kami tak sabar nak melihat kamu, si kecil.


"Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan dan keselamatan saya dan bayi sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan nanti," tulis pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 30, yang berkongsi berita gembira apabila hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya yang juga penyanyi, Raja Syahiran.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Uyaina meluahkan rasa terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk mereka tidak lama lagi. Uyaina dalam masa sama turut gembira kerana Ramadan yang disambut bermula esok membawa seribu satu kemanisan buat mereka.

"Semoga segala urusan dipermudahkan. Dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin. Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri, dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa. Semoga kita semua memperoleh keberkatan dalam bulan mulia ini. Aamiinnn Ya Allah," katanya lagi.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu pada awal Februari, Uyaina mengakui terkejut apabila terdapat pengikut di Instagram yang bertanya adakah dirinya sedang hamil. Dia cemas dengan persoalan terbabit kerana ketika itu belum membuat sebarang ujian kehamilan atau merujuk perkara itu ke hospital.

Uyaina turut memaklumkan terdetik untuk buat ujian kehamilan dalam waktu terdekat kerana takut hamil tanpa sedar. Mereka juga tidak pernah 'merancang' untuk menimang cahaya mata sebaliknya sudah bersedia untuk mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Untuk makluman, pasangan ini melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, di sini pada 20 Disember lalu.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: