02 April 2022

PAKAI 'LINGERIE' SEKSI, BUKA SELAWAT SEBAGAI MUZIK LATAR - IQRAM DINZLY CETUS KONTROVERSI LAGI?



Nampaknya nama Iqram Dinzly kembali menjadi sebutan dan hangat diperkatakan, selepas tular sebuah rakaman video di media sosial sejak semalam.


Dalam video tersebut, Iqram yang sebelum ini sudah kembali aktif berlakon dan kelihatan normal itu nampaknya gayanya tidak bertahan lama apabila perwatakan dan kelakuannya berubah menjadi aneh pula kali ini.

Menerusi Oh Bulan, Iqram atau nama penuhnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin yang mengenakan 'lingerie' jarang berwarna biru itu membuat aksi ghairah dalam aplikasi Bigo Live.

Apa yang menjadi tumpuan utama adalah alunan selawat nyanyian Raqib yang dimainkan sebagai muzik latar. Malah, Iqram dilihat turut mengalunkan selawat tersebut dengan pakaian yang tidak sopan.

Klik untuk gambar besar



Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan melihat keadaan kesihatan pelakon berumur 41 tahun itu yang sudah melarat.

Di samping itu, ada segelintir yang memohon agar pihak terlibat segera membantu pelakon drama 'Hati Yang Dikhianati' untuk mendapatkan rawatan kerana sudah keterlaluan.

"Saya bukan nak jatuhkan beliau, tapi kita kena ambil perhatian dan bimbing beliau... doa yang baik-baik untuk beliau semoga sembuh."



"Dia ada traits penyakit Dissociative Identity Disorder (DID). You can google kalau nak tahu lebuh lanjut. It's most likely not something yang dibuat-buat."

"Jenis penyakit dia kecelaruan identity... dia banyak identity.. tapi boleh dirawat kena ikutlah semua rawatan yang disyorkan." antara komen-komen netizen.

Beberapa tahun lalu, Iqram pernah mencetuskan pertanyaan ramai dengan aksi pelik sehingga berdepan kecaman ramai dengan kata-kata kesat.



KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: