02 April 2022

HAIRIE KOOL: "SAYA KECEWA DENGAN ASTRO... ASYIK PANGGIL JUARA GV SAHAJA, YANG BUKAN JUARA BALIK KE TAKUK LAMA"



Anggota kumpulan Kool, Hairie baru-baru ini telah meluahkan rasa kecewa dengan pihak Astro yang tidak memberikannya 'job' seperti juara Gegar Vaganza. Peserta GV musim keenam (GV6) bersama Riot pada 2019 itu berkata, mereka sememangnya mengharap sesuatu yang baharu dalam karier apabila menyertai GV.


"Saya memang kecewa dengan Astro apabila tak dipanggil terbabit dengan program mereka. Kalau asyik panggil juara Gegar Vaganza (GV) sahaja, mereka dah tentu juara dan ada kerja (show). Pada yang bukan juara, mereka tiada kerja dan akhirnya balik ke takuk lama.

"Tapi Astro tak panggil kami kecuali selepas GV6. Apa akan jadi pada kami? Kalau diberi peluang kami bersedia untuk terbabit dengan program mereka. Kadang-kadang saya terfikir nak tampil solo pula dalam GV kalau diberi peluang. Saya nak buktikan kemampuan menyanyi solo pula," kata Hairie yang mengulas kesukaran hidup yang dilaluinya sekarang.

Kekesalan Hairie bertambah apabila dua single yang dihasilkan menerusi syarikat Wake The Baby tidak dipromosikan sebaiknya. Menurutnya, dia kecewa kerana sudahlah tiada kerja akibat pandemik C0V1D sebelum ini, bila keluar lagu baru tiada apa-apa yang berlaku.

"Kami ikat kontrak dengan Ajai pada 2019 selepas GV dan rakam lagu Hello ciptaan Ajai dan Ingat ciptaan Helen Yap, manakala edaran pula oleh Universal Music. Lagu 'Hello' sudah dikeluarkan pada Julai tahun lalu langsung tiada promosi kecuali hanya di media sosial.

"Saya tanya maklum balas pada penyampai radio RTM dan mereka kata lagu tiada pun dalam rakam khanah. Kiranya ia tak sampai lagi kerana sepatutnya hantar rakam khanah dulu. Sudah diluluskan baru boleh siar.

"Tiada publisiti, tiada promosi dan tak keluar radio. Kami amat berharap lagu ini dimainkan kerana dari situ kami akan dapat show. Kalau tak promosi, tak keluar di radio bagaimana nak cari makan.

"Persetujuan kami ialah rakaman nyanyian berdasarkan bayaran dan hanya bergantung pada royalti. Kalau lagu tak dipromosikan macamana kami nak dapat royalti? Saya perlu ada pendapatan untuk dua anak yang masih sekolah," ujarnya.

Hairie yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual kereta, berharap ada pihak prihatin menawarkan mereka peluang menyanyi: "Kami tak harapkan sumbangan tapi berilah pekerjaan. Kami masih nak berkarya dan tiada hasrat nak berhenti menyanyi," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: