02 April 2022

"SETAKAT DM APA BARANG, MEH JUMPA DEPAN-DEPAN" - BABY SHIMA DEDAH TERIMA KIRIMAN 'BURUNG PUYUH' SEHARI MENJELANG RAMADAN



Penyanyi sensasi, Baby Shima menerusi media sosial miliknya telah mendedahkan dia ada menerima kiriman foto bogel seorang lelaki di Instagram, sehari sebelum memasuki bulan penuh keberkatan Ramadan. Dalam entri tersebut, Shima mendedahkan pengguna lelaki yang mengirimkan foto kemaluan berserta wajahnya itu.


"Sebelum Ramadan. Kalau setakat hantar DM macam ni apa barang. Kalau nak sangat meh jumpa depan-depan. Hari tu JB sekarang Ganu (Terengganu) pula. Ada yang kenal ker? Kalau ada yang kenal boleh bagi alamat dia," tulis Shima berserta tanda pagar #puyuhman #burungpuyuh.

Tindakan berani mati pengguna berkenaan mendapat pelbagai reaksi pengguna di media sosial. Ada yang menempelaknya, malah ada yang beranggapan individu berkenaan telah dianiaya.

Sebelum ini, Baby Shima yang popular dengan lagu 'Pura Pura Bujang' itu kerap menerima hantaran imej dan video lucah dari pengguna yang tidak dikenali.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: