19 April 2022

BILA CHEF WAN PUJI SIKAP SUAMI SERINA: "MENANTU KALI INI TAK 'BANGSAT'..."



"Menantu kali ini tak 'bangsat' senang diajak berbicara. tidak sombong or as orang putih kata dick head," itulah tulis cef selebriti popular iaitu Datuk Chef Wan yang senang dengan sikap suami anak perempuannya, Serina Redzuawan dimana mudah diajak untuk berbicara dan bukan seorang yang sombong.

Perkongsian Chef Wan itu telah menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan sikap menantunya yang merupakan seorang pegawai polis. Menerusi entri itu, Chef Wan bercerita anak menantunya baru saja membeli rumah di Perlis dan sedang di ubah suai. Ujarnya, dia turut memberikan sedikit wang buat Serina dan suami sebagai hadiah kecil serta mahu membelikan mereka sebuah sofa yang baharu buat mereka berdua.

Perkongsiannya itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan Chef Wan yang tetap membantu anak dan menantu. Kata netizen lagi, susah untuk dapat bapa seperti ini serta mendoakan Serina dan suami akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, perkongsian Chef Wan menjadi perhatian meluahkan rasa kecewa apabila hanya mengetahui pengumuman pernikahan Serina daripada kakaknya, selain mendakwa pasangan itu bernikah di Thailand.

Bagaimanapun, Serina yang mempunyai sepasang anak, Tristan Tareef dan Isabella Saffiya, hasil perkahwinan pertamanya dengan Gavin Edward O'Luanaigh itu menafikan dakwaan dia telah bernikah di negara jiran dan menegaskan majlis itu diadakan di Perlis.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: