19 April 2022

RANCANG NAK PINDAH INDONESIA - EIRA SYAZIRA CADANG MAHU LANCARKAN LAGI AKTIVITI KERJAYA DI SANA



"Saya dah beli rumah di Bandung. Tapi, sekarang semuanya masih dalam perancangan kerana ada perkara perlu diselesaikan dulu. Antaranya, saya harus dapatkan kelulusan permit penduduk tetap.


"Bagaimanapun, buat seketika ini saya akan berulang-alik dari Malaysia ke Indonesia atas urusan kerja di sana," kata pelakon Eira Syazira, 37, yang bercadang mahu berpindah ke Indonesia bagi melancarkan lagi aktiviti untuk kerjaya nyanyiannya yang dibina di negara jiran itu.

Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi berkata dia mahu menetap bersama keluarganya di Bandung dan sudah mempunyai kediaman sendiri di situ. Eira yang sudah tujuh tahun membina kerjaya nyanyiannya di negara seberang itu bernaung di bawah syarikat pengurusan Positif Art milik Om Jan.

Menganggap Indonesia sebagai 'rumah kedua', Eira sudah menghasilkan lima single di negara jiran itu dan dua tahun lalu dia muncul dengan single Kau Yang Ku Sayang bergenre koplo remix.

Klik untuk gambar besar



Disebabkan penularan C0V1D dan sempadan negara ditutup, Eira tidak dapat ke Indonesia untuk menjalankan aktiviti promosi single itu. Katanya, apapun dia bersyukur kehadirannya diterima baik di Indonesia.

"Suami saya, Azad Jasmin adalah individu yang sentiasa memberi semangat dan menggerakkan saya untuk terus maju ke depan dalam karier nyanyian ini. Saya yakin kejayaan saya ini atas restunya," katanya.

Eira yang mencipta nama dalam dunia lakonan di negara ini selama 20 tahun bertemu jodoh dengan Azad pada 2011. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga anak perempuan.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: