18 April 2022

UYAINA LUAH RASA SESAL - SITI BAINUN: "RAMAI ORANG SOKONG SAYA... JADI, KENAPA NAK KENA FIKIR APA ORANG CAKAP"



Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad ada meninggalkan komen meluahkan rasa sedih dan sesal apabila mengenang kembali momen temubual dalam program Wanita Hari Ini (WHI) siaran 30 Julai 2020 yang tular semula selepas sedutan dimuat naik pengguna TikTok.


"Sedih bila kenang balik 'moment' ini. Menyesal pun ada," demikian komen Uyaina yang mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada netizen.

"Awak cuma buat kerja awak. Jangan risau. Kita tak tahu benda nak jadi," tulis netizen membalas komen Uyaina.

Dalam video tersebut, Uyaina menemubual pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun Ahd Razali, yang hadir sebagai tetamu jemputan di episod yang membincangkan topik Berkorban Apa Saja. Antara soalan yang diajukan adalah bagaimana Bainun mengenepikan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Klik untuk gambar besar



"Tetapi, untuk kekal istiqomah, kekal konsisten melakukan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan sekarang ini sebab bisikan syaitan itu nyata. Tapi, bagaimana sebenarnya Bainun mengenepikan segala tohmahan, kata-kata negatif dan buruk yang dilemparkan kepada Bainun?

"Dan untuk memastikan yang anak-anak jagaan Bainun ini juga masyarakat yang mendapat kebaikan daripada perbuatan Bainun ini terus dapat dijaga?" katanya.

Bainun kemudiannya menjawab pertanyaan itu dan memaklumkan bahawa ramai yang menyokongnya. Ujarnya lagi, anak-anak jagaannya ketika itu adalah kekuatan buat dirinya


"Kalau ada tohmahan, mesti ada orang yang sokong. Ramai orang yang sokong saya, yang sokong apa yang saya buat. Jadi, kenapa saya nak kena fikir apa yang orang cakap. Kekuatan saya, anak-anak saya. Anak-anak saya yang OKU, setiap kali bangun pagi, senyum.

"Nak tidur, senyum. Takkanlah saya nak sedih. Pagi-pagi saya bangun, saya cari dia. Tidur dengan saya. Itu kekuatan saya pagi, petang, siang, malam. Kalau saya tak tengok muka dia, tak boleh," ujarnya.

Pada ketika itu, Bainun juga menjelaskan mengenai tiga anak-anak OKU di bawah jagaannya termasuklah remaja perempuan Sindrom Down, Bella yang disahkan sebagai mangsa dera: "Bella, Tulus, Jiwa. Bella saya baru ambil tiga minggu lepas," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: