18 April 2022

NABILA HUDA: "ITULAH PEGUAM YANG NAK SAMAN SAYA DULU, MEROMPAK DUIT SAYA SEBANYAK RM900K"



Perkongsian pelakon Nabila Huda yang lebih mesra disapa Abil di laman Twitter baru-baru ini telah menjadi bualan apabila membuka ceritanya sebelum ini dengan peguam wanita tersebut. Menurut Abil, dia mendakwa peguam itu adalah individu yang mahu menyamannya sehingga mencecah RM900,000 beberapa bulan lalu.


Ketika ini, hangat diperkatakan mengenai peguam yang dikatakan mengeluarkan beberapa info berkenaan 'isu dalaman' tentang satu kes. Malah, peguam tersebut juga menjadi wakil kepada Orang Kena Tuduh (OKT) sehingga mendapat kecaman netizen selepas mengeluarkan beberapa kenyataan di media sosial.

Dalam entri tersebut, Nabila berkata dia tidak mengenali peguam tersebut dan turut terkejut apabila dirinya disaman apatah lagi perkara itu hanya diketahuinya menerusi media sahaja. Luahnya lagi, dia turut hairan apabila perkara itu dimaklumkan kepada media terlebih dahulu sedangkan dirinya yang disaman tidak tahu menahu.

Dakwa Nabila lagi, peguam tersebut yang memaklumkan kepada pihak media terlebih dahulu mengenai dia akan disaman tetapi tidak memberitahu kepadanya tentang perkara itu.

Klik untuk gambar besar



Bukan itu sahaja, Nabila turut mendedahkan mesej yang dikirim kepada pihak media untuk mengetahui siapa yang memberikan kenyataan mengenai isu saman menyaman itu.

Jelas Abil lagi, peguam tersebut juga seolah-olah menabur pasir ke dalam periuk nasinya dan bersyukur kerana dia tidak bertindak terburu-buru di atas peristiwa hitam itu kerana mengetahui ia hanyalah satu 'permainan' di media sosial.

Sementara itu, Abil menjelaskan dia tiada niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi rimas apabila wajah peguam itu sering muncul di media sosial. Dalam pada itu, Nabila turut menitipkan pesanan supaya tidak mencari populariti dengan cara mudah kerana menjadi terkenal bukan sesuatu yang mudah.

Dalam masa sama, Nabila juga berpesan agar sentiasa mencari rezeki yang halal dan bukannya dengan cara 'merompak' semata-mata untuk hidup mewah.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: