18 April 2022

KONGSI VIDEO RAI PERSAHABATAN - NETIZEN TEGUR EMMA MAEMBONG LAGA PIPI DENGAN ALVIN CHONG



Menerusi laman Instagram baru-baru ini, pelakon Emma Maembong telah berkongsi satu video dimana ia memaparkan persahabatan dia dengan pelakon dan penyanyi Alvin Chong.


Bagaimanapun video itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila memaparkan Emma berpeluk baju dengan Alvin sambil melagakan pipi. Difahamkan, video tersebut disunting oleh Alvin bagi meraikan persahabatan mereka yang telah terjalin sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi entri itu, Emma turut menulis kapsyen tersentuh dengan video berkenaan serta meluahkan rasa sayang buat sahabatnya itu: "Awww beautiful video by @alvinchong123. Love you forever and ever!!" tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Diruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan Emma itu tiada masalah berkawan dengan lelaki tetapi jaga batas pergaulan apatah lagi statusnya sudah berkahwin. Malah, ada netizen meluahkan rasa pelik serta bertanyakan adalah suami pelakon itu tidak marah melihat video berkenaan.

Untuk makluman, Emma mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dengan Muhammad Shazli Azhar. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Shariq Gabriel kini berusia dua tahun.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: