30 April 2022

BILA IQBAL SEDIAKAN DUIT RAYA RM100,000 UNTUK ORANG RAMAI, SEDAR DIRI SUDAH TERKENAL



"Saya memang sediakan betul-betul duit raya RM100,000 memandangkan masyarakat sudah kenal saya. Tahun lalu, biasanya saya sediakan RM20,000 sahaja untuk keluarga dan orang terdekat. Paling kurang saya bagi RM5 dan RM10 untuk orang yang bertegur-tegur atau RM50 dan RM100 kepada orang tua-tua serta orang fakir miskin.


"Kepada keluarga, ada yang RM200 hingga RM500. Selain itu, yang banyak itu bergantung pada hati saya. Tetapi saya tidak akan bagi melalui transfer (pemindahan)," itulah ujar usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli yang memberitahu dia sudah bersiap sedia menyediakan duit raya untuk diberikan kepada orang ramai, memandangkan umat Islam bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Kata Iqbal, 27, duit raya itu bukan sahaja untuk keluarga, malah sesiapa sahaja yang menegurnya ketika bertemu di luar. Menurut Iqbal, dia memperuntukkan sebanyak RM100,000 duit raya tahun ini.

Usahawan yang juga bekas peserta program Big Stage 2022 itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya pada Sabtu. Dalam pada itu, Iqbal turut memberitahu dia berasa sedih jika ada individu hanya ingin berjumpa dengannya semata-mata mahukan duit raya.

Klik untuk gambar besar



"Jangan pula mahu berjumpa dengan saya hanya kerana mahu duit raya, sedih saya. Siapa yang kecam hari itu duduk diam-diam ya," ujarnya.

Untuk makluman, Iqbal mula dikenali semenjak kontroversi hubungan cintanya dengan usahawan komestik Datuk Seri Vida dan kemudian tampil dengan single pertama berjudul 'Hujan' pada November tahun lalu.

Apa saja yang dilakukan usahawan berusia 27 tahun itu pasti menjadi perhatian netizen terutama penyertaannya dalam program realiti Big Stage pada Februari lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: