10 April 2022

RAKAM SITI NURHALIZA SEDANG KELUARKAN DUIT DI ATM - PEMINAT DIKECAM, KAKAK TAMPIL MOHON MAAF



Di media sosial telah tular sebuah video yang memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama anak sulungnya, Siti Aafiyah sedang mengeluarkan duit di mesin ATM, dimuat naik seorang pengguna TikTok, baru-baru ini.


"Terserempak dengan Tokti kat ATM be like... Aafiyah, Aafiyah malu-malu la Aafiyah ni," ujar individu yang menggunakan nama akaun @yanaothma dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi dimana rata-ratanya kurang senang dan mengecam tindakan peminat itu yang menganggap tidak wajar dan mengganggu privasi Siti Nurhaliza atau mesra disapa sebagai Tokti.

Klik untuk gambar besar



Lebih-lebih lagi rakaman tersebut dilakukan tanpa izin dan ketika penyanyi itu sedang menjalankan urusan peribadi di ATM. Video berkenaan dimuat naik semula di laman Twitter oleh pengguna lain yang tidak bersetuju.

Meskipun ramai yang memuji penampilan penyanyi itu yang 'cool' memakai telekung namun tindakan merakam video secara sesuka hati adalah tidak patut. Lebih menjadi perhatian, anak perempuan kepada penyanyi itu dilihat sedikit takut apabila menyorok di belakang ibunya ketika dihampiri peminat berkenaan.

Perkonggsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan individu tersebut. Kata netizen lagi, boleh sahaja menunggu sebentar bagi membolehkan Siti Nurhaliza melakukan urusannya terlebih dahulu.



Terkesan dengan kecaman banyak pihak, wanita berkenaan menyahaktifkan fungsi ruangan komen dan turut memohon maaf. Dia juga memberitahu bahawa rakaman tersebut adalah video kakaknya yang terlalu teruja apabila terserempak dengan penyanyi kesayangan ramai itu.

"Saya terpaksa disable comment posting kakak saya terjumpa Tok Ti (Siti Nurhaliza). Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti. Tak sangka pula ramai cakap ganggu privasi. Maaf jika video ini mengganggu anda," tuturnya.

Bagaimanapun, pemerhatian mendapati individu berkenaan baru sahaja memadam video berkenaan dari laman Tiktok miliknya selepas lebih 14 jam dimuat naik.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: