10 April 2022

DIKECAM ISU MASK 'HAUK' - JOVIAN MANDAGIE TAMPIL JELASKAN, AKUI TIADA NIAT MEMPERKECILKAN



"Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka "hauk" tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yg saya maksudkan tu ialah pelitup muka "Jovian Mask Tiruan" yang berleluasa di pasaran. Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran. Lebih 2 tahun Jovian Mask tiruan berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami, monogram kami, gambar promosi kami, nama kami, dan logo kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna.


"Saya rasa sesuai lah saya gunakan istilah hauk tu pada mereka ni. Ini semua kerja mafia! Tapi, kalau ada yang tersinggung dengan statement saya, tak ada niat nak guris hati anda.

"Issue sirim, bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. FYI, once the law imposed it will incur most cost to us as sellers? Dari mana pulak saya akan untung lebih? And I can guarantee you all that my brand is not the first to have sirim stamp. Banyak brand di luar yang dah ada sirim stamp. Kita ni baru je nak apply

"Ramadhan bulan suci ni, bukan saja puasa perut. Patutnya pertuturan pun patut dijaga. Tak perlu kut nak caci maki saya dan fitnah yang bukan-bukan tentang business saya. Jenama Jovian dah berada di pasaran 15 tahun, makin berkembang atas reputasi dan kualiti barangan kami. Bukan sebab-sebab lain.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, Jovian Mask berjaya berada dalam pasaran kerana sokongan semua Jovianista atas kualiti nya yang memang bagus. Anti jerawat dan mudah bernafas tu tak boleh dinafikan. Jovian Mask kini dipasarkan oleh lebih 6000 pengedar; 7 Eleven, Aeon Mall/Big, Watson, Lotus, Shopee, Jstore, Jovian VIPPS, Dropshippers, Shell, @jovianselcare dan banyak lagi farmasi di pasaran.

"Saya harap isu ini habis di sini. Siapa yang dah menyumpah saya, lain kali selidik dan tanya dulu.. Nevertheless saya doakan anda semua panjang umur dan bahagia dunia akhirat," tulis pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie yang tampil menjelaskan selepas menerima kecaman netizen dek kerana kenyataannya menggunakan perkataan hauk dan dalam masa sama mempromosikan pelitup muka jenamanya yang bakal memperolehi cop SIRIM.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-ratanya panas hati dengan kenyataan Jovian yang dianggap sebagai mementingkan diri sendiri memandangkan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri itu juga merupakan seorang usahawan.



Netizen juga berpendapat Jovian seharusnya memikirkan tentang banyak perkara sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan termasuklah golongan yang kurang berkemampuan kerana kos untuk membeli pelitup muka tersebut pastinya agak mahal.

Untuk makluman, Pewartaan Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan yang dikuatkuasa pada 4 Julai depan ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi juga berkata, penagguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dari umum.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: