10 April 2022

SHERRY IBRAHIM TAK MAHU PEKERJA HILANG PENDAPATAN - PERTAHAN GUNA DUIT SIMPANAN & JUAL BARANG SALON



"Tidak mudah sebenarnya menguruskan perniagaan sendiri dan saya pernah melalui situasi zero income ketika pandemik sebelum ini. Lebih teruk lagi saya juga terpaksa berpindah lot kedai dan pastinya memerlukan banyak duit untuk ubah suai kedai baharu dan lama.


"Saya terpaksa buat apa sahaja yang boleh menjana pendapatan ketika itu seperti menjual produk-produk di salon," demikianlah ujar pelakon Sherry Ibrahim dimana dia melalui waktu sukar ketika menguruskan perniagaan salon rambut miliknya sendiri sewaktu negara berdepan dengan pandemik C0V1D.

Disebabkan tidak boleh beroperasi, Sherry, 39, berkata, dia terpaksa menggunakan duit simpanannya untuk membayar sewa kedai dan gaji kakitangan. Biarpun berdepan kesukaran, Sherry berkata, dia cuba mempertahankan perniagaan itu demi kakitangannya. Dia bersyukur berkat doa dan usaha akhirnya perniagaan itu kini sudah boleh kembali beroperasi seperti biasa.

Klik untuk gambar besar



"Ketika berdepan dengan kesukaran itu saya harus fikir juga tentang nasib kakitangan jika mereka diberhentikan. Saya percaya jika kita sorang majikan sayang akan kakitangannya, mereka akan lebih menghargai kita. Mereka masih lagi bekerja sehingga hari ini. Waktu sukar saya sentiasa berdoa dan syukur urusan dipermudahkan dan duit sentiasa datang," tuturnya.

Sementara itu, dalam perkembangan kerjaya seni, Sherry memberitahu dia baru sahaja selesai merakamkan lagu duet yang bakal dijadikan OST sebuah drama. Menurut Sherry yang merupakan salah seorang peserta The Masked Singer (TMS) musim kedua, program tersebut telah membuka matanya untuk lebih menyerlahkan bakat dalam bidang nyanyian.

"Penyertaan dalamn TMS telah membuka hati saya untuk lebih serius dalam bidang nyanyian. Bukan bermakna saya tamak dan nak buat semua perkara, tetapi saya mahu serlahkan bakat dalam bidang nyanyian ini," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: