10 April 2022

NIKAH SEPTEMBER DEPAN - MAS IDAYU GEMBIRA DIJODOHKAN DENGAN PENERBIT EKSEKUTIF TV3, SUFIAN ISA



"Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri. Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik.


"Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Dari hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu membawa kepada hubungan yang serius.

"Peserta LCK yang tak kahwin, akhirnya kami pula yang bakal berkahwin. Inilah yang dikatakan jodoh. Doakan semoga perancangan kami dipermudahkan," itulah kata penyanyi terkenal Mas Idayu yang bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya yang juga Penerbit Eksekutif di TV3, Sufian Isa pada September depan.

Klik untuk gambar besar



Menurut Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 50, dia sendiri tidak menyangka doanya sejak dua tahun lalu agar kembali bertemu jodoh dimakbulkan Allah. Meluahkan rasa gembira, Mas Idayu turut bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang yang boleh menjaga dirinya.

Berkongsi lanjut mengenai hubungan mereka, Mas Idayu berkata dia dan Sufian sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 dan baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu ketika dipertemukan sekali lagi dalam program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu.

Tambah Mas Idayu, Sufian yang juga seorang duda itu sudah datang berjumpa kakak sulungnya. Dia juga memberitahu anaknya, Nur Dayini yang mengaturkan pertemuan antara dia dengan Sufian sebelum ini.


"Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung. Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tapi lebih pada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya. Malah, anak saya juga yang aturkan tempat untuk kami berjumpa empat kali.

"Kalau nak bercakap soal persiapan, sekarang ini sudah 30 peratus siap. Tempat pula ada beberapa, tinggal nak pilih saja," ujar penyanyi lagu 'Cintaku 100%' dan 'Selangit' ini.

Untuk makluman, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: