09 April 2022

SEBAK LIHAT ANAK MENANGIS RINDUKAN AYAH - SHUK DITEGUR NETIZEN JADI LELAKI BERTANGGUNGJAWAB



Semua sedia maklum mengenai isteri Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera yang telah pulang ke Sabah bersama anak-anaknya baru-baru ini. Terkini, Sera ada memuat naik video di TikTok memaparkan anak perempuannya menangis sambil memberitahu dia merindukan bapanya.


Dalam video yang turut meletakkan tanda pagar anak tidak bersalah, Sera dilihat cuba menenangkan anaknya itu. Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat kanak-kanak itu yang rindukan bapanya.

Tidak kurang juga ada yang tag pelawak itu serta meminta Shuk supaya menjadi lelaki yang bertanggungjawab lebih-lebih lagi terhadap anak-anaknya. Dalam pada itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Sera serta mendoakan agar wanita itu terus kuat demi kedua-dua anaknya.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: