09 April 2022

"TIADA MOMEN BERSALAMAN MOHON AMPUN DOSA" - AMY SEARCH SAYU TERKENANG ARWAH IBU



"Tahun ini, saya menyambut Ramadan tanpa seorang ibu. Masa menziarahi pusara arwah, terasa sedih sangat. Ingat lagi dahulu, saya akan balik ke Johor Bahru menziarahi pusara ayah sebelum Ramadan. Kebiasaannya, seminggu sebelum raya, saya sudah berada di kampung. Masa itu, saya akan kemas rumah, pasang langsir, anyam ketupat dan pergi ke pasar beli keperluan sambut raya.


"Saya akan menyiapkan semua bahan-bahan nak memasak. Termasuklah menu kegemaran, rendang daging atau paru dan ayam masak hijau," kata penyanyi otai, Amy Search yang terkesan dengan pemergian ibu tersayang, Allahyarham Fatimah Idris yang menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pada 1 Ogos, tahun lalu meninggalkan kesayuan di hati penyanyi otai, Amy Search.

Bagi Amy, Ramadan ditempuhi saat ini berbeza tanpa kehadiran insan bernama ibu. Pagi semalam, Amy lerai kerinduan menziarahi pusara arwah ibunya di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara. Penyanyi lagu 'Tiada Lagi' itu menambah, dialah yang mengambil tugas memasak sepenuhnya ketika arwah ibu tidak kuat dan sihat.

Klik untuk gambar besar



"Tetapi, masa itu arwah emak akan tunjuk dan bantu macam mana nak menumis bahan-bahan basah dan kering. Namun, semua itu sudah menjadi kenangan. Ramadan kali ini terasa sangat tanpa arwah emak dan ayah, apatah lagi, saat menyambut Syawal. Tiada momen bersalaman mohon ampun dosa," ujarnya.

Amy menambah, arwah jarang mengadu kesusahan yang dialami ketika masih hidup: "Al-Fatihah untuk mereka berdua. Moga Allah tempatkan mereka di syurga firdausi dengan keredaan-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: