19 April 2022

DOKTOR MAKLUM ADA 6 BULAN UNTUK HIDUP - AMIRA OTHMAN DOA AGAR ROSLAN AZIZ SEMBUH DARIPADA KANSER LIMFOMA



Penerbit dan komposer lagu terkenal, Roslan Aziz, 60, difahamkan kini menghidap kanser limfoma tahap empat dan dimaklumkan doktor mempunyai tempoh enam bulan untuk hidup.


Perkara tersebut mendapat perhatian penyanyi Amira Othman yang meluahkan rasa terkejut. Amira, 28, berkata banyak jasa Roslan kepadanya ketika menyertai Akademi Fantasia 2013 (AF2013) dulu yang mana dia adalah 'bintang kesukaan' juri tetap bersuara lantang itu.

"Banyak jasa beliau kepada saya dan terkejut juga apabila mengetahui berita ini. Saya turut bersedih tapi, 'uncle' Roslan yang saya kenal adalah seorang yang disegani dan kuat semangat untuk berjuang.

"Saya percaya 'uncle' Roslan sangat tabah dan Insya-Allah moga Allah kurniakan keajaiban dan memberi kesembuhan buat sakit yang dialaminya. Saya harap dapat bertemu dengannya dan tidak mengganggunya," ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Mira berkata dia mendoakan agar Roslan diberikan keajaiban dan kesembuhan daripada Allah seterusnya kembali sihat serta dapat menjalani kehidupan dengan baik.

Terdahulu, menerusi pendedahan dibuat Roslan kepada Astro Awani, dia memaklumkan mengalami sakit perut teruk pada 1 November tahun lalu hingga memerlukannya mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital.

Dia dinasihatkan doktor membuat pemeriksaan menyeluruh iaitu ujian darah dan pemeriksaan pengimejan resonan magnetic (MRI) untuk mengesan penyakit sebenar dihidapi.

"Mula-mula saya amat sedih apabila doktor mengesahkan saya didiagnosis menghidap kanser. Tapi, keadaan saya tidaklah begitu teruk. Saya sedar bahawa hidup yang saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser itu adalah mati," katanya.

Bagaimanapun, Roslan memberitahu dia sudah menerima ujian diberikan Allah itu dengan sabar dan reda. Malah, bersyukur di kelilingi keluarga, sahabat dan kenalan yang sentiasa memberikan semangat untuk terus kuat melawan penyakitnya.

Roslan juga bekas suami penghibur, Datuk Sheila Majid itu kini sudah 23 tahun hidup bersama isterinya, Sopphilea Hamid yang banyak berkorban dan memberikan semangat buat dia menghadapi dugaan besar itu.

Menerusi dua perkahwinannya, Roslan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleeda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: