20 April 2022

"SAYA DAH TAK DIPERLUKAN LAGI... 5 TAHUN LALU MACAM PISANG GORENG PANAS..." - JOHAN TERKILAN NAMA SERING DITOLAK STESEN TV



"Saya sedia maklum, stesen TV pun bertukar ganti orang dalamnya. Nama saya kerap ditolak setiap kali dicadangkan produksi. Saya dapat tahu pun daripada pengurus. Tapi saya tak pernah rasa sedih, saya cuma anggap sudah tidak layak.


"Saya dah tak diperlukan lagi oleh stesen TV itu. Saya pun tak pernah ambil hati cuma saya sedar diri saya bukan siapa-siapa dah untuk stesen TV," itulah kata pelakon Johan As'ari.

Johan yang sudah lima tahun tidak muncul di kaca televisyen itu berkata, dia tidak tahu mengapa namanya kerap ditolak sebuah stesen televisyen. Sedih dengan perkara itu, Johan atau nama penuhnya Johan Ariff As'ari, 35, sedar dirinya sudah tidak lagi diperlukan bagi menghiasi drama-drama tempatan di stesen TV berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Kali terakhir Johan muncul menerusi drama 'Jurnal Suraya' bergandingan dengan aktres Nad Zainal pada November 2017. Dalam pada itu, pelakon drama 'Juvana' ini memberitahu dia tidak menyangka namanya ditolak memandangkan drama sebelum ini memberi impak yang besar.

"Lima tahun saya contribute di stesen TV tersebut... lima tahun macam pisang goreng panas, saya tinggalkan keluarga, banyak masa saya habis di stesen tersebut. Tetapi saya dapat banyak berita daripada stesen itu menolak saya buta-buta, bulat-bulat. Pada saya, masa saya dah tamat," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: