20 April 2022

ISU ANAK - ALONG CHAM TAK HALANG BEKAS ISTERI JUMPA, CUMA TAK BOLEH BAWA KELUAR KE MANA-MANA



Pelawak dan pelakon, Along Cham, 39, yang sudah enam tahun bercerai itu sehingga kini masih lagi menerima kiriman mesej daripada netizen di Instagram yang mendakwa dia menghalang bekas isteri, Zila Saeron bertemu anak mereka, Ahmad Danial, 11.


Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad berkata, dia tidak pernah menghalang seorang anak bertemu ibunya kerana walau apapun yang sudah berlaku, 'syurga' Danial tetap pada ibunya.

"Saya masih tahu agama dan sampai bila-bila pun dia adalah ibu kandung Danial yang harus dihormati dan disayangi anak saya. Kenapa saya nak halang mereka berjumpa? Bekas isteri boleh saja datang melawat anak di rumah ibu bapa saya di Johor.

Klik untuk gambar besar



"Pintu rumah keluarga saya sentiasa terbuka dan sedia menerima tetamu. Cuma, untuk dia (bekas isteri) bawa keluar anak saya ke mana-mana tidak bolehlah kerana mengikut keputusan yang sudah diputuskan mahkamah ketika bercerai dulu.

"Tapi, kalau datang nak melawat Danial dipersilakan. Saya okey kerana tahu mesti anak saya pun rindukan ibunya. Selama ini saya tidak pernah halang dia berjumpa anak," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Untuk makluman, Along mendirikan rumah tangga bersama Zila yang juga penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4) pada 2011. Namun, mereka bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016 selepas lima tahun hidup bersama.


Along berkata, kali terakhir Zila berjumpa anak mereka ialah dua tahun lalu. Menurutnya, Zila tetap berhubung dengan Danial menerusi telefon sehingga hari ini.

Bercerita mengenai luahan kerinduan Danial terhadap ibunya, Along berkata, anaknya itu ada juga memberitahu dapat berjumpa Zila di dalam mimpi dan dia gembira.

Sementara itu, mengenai hasratnya untuk berumah tangga semula, Along memberitahu, soal jodoh baharunya diserahkan kepada ketentuan Allah kerana fokus utamanya kini memang kepada anak saja.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: