20 April 2022

"JANGAN KAITKAN SAYA..." - FARA SALLEH NAFI DAKWAAN BERKAWAN BAIK DENGAN IRA KAZA



"Tidak, jangan kaitkan saya. Ira adalah salah seorang sukarelawan masa saya buat charity C0V1D tahun lepas. Bukan kawan baik. Malah saya juga tidak mengenali wanita (Mira) berkenaan. Biasalah attention seeker. Fitnah pun banyak," demikian respon Fara Salleh.


Kata Fara, dia tidak pernah berkawan baik dengan Ira Kaza seperti yang didakwa oleh bekas kawan wanita itu, Mira Bakri. Dalam masa sama, Fara turut meminta agar namanya tidak dikaitkan dengan kontroversi melibatkan Ira dan rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana.

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan apabila Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu oleh orang ketiga sejak empat tahun lalu sehingga menjadi punca perkahwinannya berantakan. Puteri Sarah turut mempertikaikan tindakan Ira yang dikatakan tidak putus asa mengganggu suami orang sedangkan sudah mempunyai teman lelaki.

Lebih panas apabila seorang wanita bernama Mira Bakri yang mendakwa merupakan sahabat lama Ira membuat pendedahan terbuka mengenai anak kepada pelakon veteran Kazar itu.

Klik untuk gambar besar



Kata Mira lagi, sejak dari dulu lagi dia menegur bekas rakannya itu namun tetap tidak berubah. Dalam pada itu, Mira turut bersimpati dengan nasib Puteri Sarah yang sering diganggu serta menerima ugutan daripada Ira.

"Aku tak faham jenis perempuan yang nak laki (suami) orang ni, siap ganggu kehidupan isteri dia. Bila block, dia call sampai berpuluh kali. Saya dulu rapat nak mampus dengan dia 10 tahun lepas, dia budak sekolah saya tapi bukan satu kelas ya. Balik sekolah sama, ambil PMR pun sama. Kau rasa aku tak kenal perangai dia?" antara tulisan Mira di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Mira turut mendakwa Ira berkawan dengan wanita yang dikaitkan dengan pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh. Malah, Mira turut mendakwa wanita itu mempunyai perangai sama dengan Ira. Malah, dia pernah menerima mesej dari Fara ketika mereka berkawan dengan seorang lelaki yang juga bekas vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Kecik.


"Ada orang sebut fasal skandal Shuk tu, elok la dia orang berkawan. Matlamat anda sama, tahniah! Korang ingat tak sebelum Shuk dia bercinta dengan siapa, dia bercinta dengan Kecik Hyper Act masa tu.

"Nak dijadikan cerita aku pernahlah nak together dengan Kecik, tapi aku tak mahu sebab aku tak nak famous sebab artis. Kau bayangkan skandal tu mesej aku sebab Kecik selalu mesej dia macam ni 'you ni tak sama la dengan Mira, tak psiko macam you'.

"Aku dah la tak kenal kau tiba-tiba mesej macam ni sebab apa? Sebab nak minta simpati dekat aku supaya minta Kecik kekal dengan kau. Eh tak ada masa. Maksudnya sekarang elok depa (mereka) berdua berkawan sebab dua-dua psiko," tulisnya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: