29 April 2022

"DUIT ITU KAMU LABURKAN SUPAYA INDUSTRI TAK TENGGELAM DEK BENDA TAK BERMORAL" - AWIE NASIHAT ALIFF SYUKRI BERHENTI MENYANYI



"Kalau boleh tak payah buat langsung sebab dia bukan penyanyi pun. Kalau nak buat bagi orang profesional yang buat... kamu keluar duit sudah sebab banyak duit. Kalau saya diberi peluang untuk bercakap berdepan dengan dia, saya akan cakap... please stop!


"Duit itu kamu laburkan supaya industri tak tenggelam dek benda yang tidak bermoral," ujar penyanyi dan pelakon Datuk Awie yang berpendapat usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri perlu berhenti menyanyi kerana tindakannya itu boleh merosakkan industri muzik tanah air.

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 54, lagi, lebih baik jika Aliff menggunakan wang yang dilaburkannya itu kepada industri dan penyanyi berbakat yang ada.

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai Aliff Syukri apabila muzik video lagu rayanya 'Kelepuk Raya' dikecam teruk oleh netizen. Malah, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil usahawan itu untuk memberi keterangan selepas menerima banyak aduan.

Sebelum ini, Aliff memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dengan muzik videonya itu. Aliff turut meminta supaya tidak melibatkan ahli keluarganya dalam kontroversi tersebut terutama ibunya yang sedang menunaikan ibadah umrah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: