29 April 2022

MENGAKU BEDAH HIDUNG SEBAB PATAH DEK KEMALANGAN - LANA NODIN MINTA NETIZEN BERSANGKA BAIK



"Sebenarnya ini peribadi saya yang tak perlu cerita pun tapi sibuk nak tahu. Korang pun dah banyak buat dosa kering. Hidung saya ini masa saya sekolah, saya accident. Masa itu balik kampung Felda, yang tanah-tanah merah tu. Tangan ini duk gatal nak bawa motor RXZ, lepas itu tak tahu bawa sampai jatuh tersungkur. Hidung berdarah... patah.


"Sejak dari itu, hidung saya memang senget. Kena pakai besi untuk beberapa tahun. Lepas itu, disarankan buka dan saya buka letak plastik. Sebab tak tahan, besi sejuk. Hidung saya senget sampai sekarang. Orang tanya kenapa buat hidung ke?

"Memang aku buat sebab dipaksa buat hidung patah dah lama dah," jelas pelakon Lana Nodin yang tampil berterus-terang bahawa dia memang lakukan sesuatu pada hidungnya sehingga kelihatan pelik, selepas berasa geram dengan komen warga maya mengenai hidungnya.

Baru-baru ini, perkongsian video Lana di laman sosial mendapat perhatian netizen gara-gara bentuk hidung yang dikatakan berbeza daripada sebelum ini. Segelintir netizen mula membuat spekulasi dan menuduh pelakon tersebut melakukan rawatan bagi mencantikkan lagi hidungnya.

Klik untuk gambar besar



Terpaksa berkongsi cerita peribadinya, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin mengakui pernah menjalani pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemalangan ketika zaman persekolahan.

Menurut Lana, kecederaan itu berlaku selepas dia terjatuh ketika menunggang motosikal jenis RXZ sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan kampung Felda.

Lana berkata dia perlu memasukkan plastik pada hidungnya secara berkala. Dalam pada itu, pelakon drama siri 'Kekasih Hati Mr Bodyguard' ini berkata prosedur rhinoplasty yang dilakukan hanya bertahan lima hingga 10 tahun saja.



Pelakon siri 'Suamiku Lelaki Pendosa' itu mengakui dia terpaksa membuat prosedur terbabit demi kebaikan dan sebenarnya tak pernah terfikir mengubah apa-apa pada wajahnya kalau bukan terpaksa.

"Bila kita tukar rhinoplasty ini, ada jangka hayat. Lima, enam tahun... 10 tahun kena tukar. Jadi saya tukar supaya hidung tidak bernanah. Pakai tulang telinga. Apa lagi yang korang nak tahu? Sibuk nau dengan hidung aku. Lubang lain tak nak tahu? Asyik tanya lubang hidung aku saja. Yang brader tu, kata tukar kejadian Tuhan apa la... eh kau tengok muka aku. Semua original la," ujarnya.

Sementara itu, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin juga menyelar sikap mudah jatuh hukum warga maya yang tidak tahu-menahu mengenai sebab sebenar dia perlu lakukan sesuatu pada hidungnya.



Ibu kepada dua cahaya mata itu menganggap manusia terutama segelintir orang Melayu sentiasa bersangka buruk terhadap sesuatu disebabkan mempunyai hati yang terlalu hitam.

"Manusia ini, sorry to say, orang Melayu hati tak pernah bersih. Ada saja bersangka buruk, cuba la bersangka baik. Sebab apa hati dah terlalu hitam. Cuba bersangka baik, hati kita bersih. Kau tak tahu apa cerita aku, kau sibuk nak tahu ni lubang Michael Jackson la. Aku tahu la apa aku buat.

"Tak payah ajar aku. Dah umur 44 ini dah tahu apa benda nak buat. Kalau aku jenis nak buat, dah lama dah jadi macam ini (bibir tebal)... tak ada maknanya," katanya yang membuat pengakuan dan penjelasan itu menerusi sebuah 'live' di laman Instagram.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: