26 April 2022

ISTERI SELAMAT BERSALIN - ALAM WAKAKA TIMANG 'BABY BOY'



"Syukur ke hadrat Ilahi. Alhamdullilah segala puji milik Allah, hari ini lahirnya seorang bayi yang bakal menjadi ketua suatu hari nanti," tutur guru tari dan koreografer terkenal, Alam Wakaka yang memanjatkan rasa syukur apabila isterinya, Nurul Alisya Najwa telah selamat melahirkan anak sulung awal pagi tadi.


"Keadaan Alisya dan bayi stabil. Terima kasih kepada doktor dan jururawat yang memberikan layanan terbaik buat isteri saya serta semua yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua.

"Selamat datang anakku," tambahnya lagi yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram dengan memaklumkan isteri dan anak lelakinya kini berada dalam keadaan stabil.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, ada juga rakan selebriti tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini antaranya Hael Husaini, Niena Azman, Ernie Zakrie dan Rody Kristal.

Untuk makluman, Alam atau nama sebenarnya Muhamad Haslam Abdul Rahman dan Alisya telah berkahwin pada tanggal 7 Mac 2021.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: