26 April 2022

ALMY NADIA & FIZZ FAIRUZ SAMBUT ANNIVERSARY KE-8



"Happy anniversary sayang yg ke 8.. syukur Alhamdulillah. Terima kasih sayang sbb terima mama seadanya.. maafkan mama jika ada salah dan silap..


"Sayang .. u r the best suami, u r the best papa in the world utk anak2… I love u so so much sayang.. tq love @fizzfairuzofficial … 😘😘😘😘😘😘😘.

"Mama sentiasa doa agar rumahtangga kita dilindungi, berkekalan hingga ke akhir hayat," demikian ucapan pelakon Almy Nadia sempena ulang tahun perkahwinannya bersama pelakon Fizz Fairuz yang ke-8 hari ini.

Sementara itu, Fizz menerusi laman Instagram miliknya turut menitipkan ucapan sempena hari istimewa tersebut.

"Happy anniversary sayangku.. Alhamdulilah kita dah 8 tahun bersama, susah senang mama terima papa seadanya.. walaupun kita tak mcm couple lain, tapi I sweet kan? Hahahaha..

Klik untuk gambar besar



"Tq syg jg anak2, ajar anak2, sayang anak2, syurga la buat mu syg.. dr kita bertidurkan kipas, skrg kita dah tito aircorn.. kita tetap bersama hahahaha…

"Sorry la, I ni ahli politik, agak kurang masa bersama.. Insyallah.. masa dan hari nya akan tiba utk kita kecapi bersama..

"Alhamdulilah rezeki kita semakin hari semakin murah skrg,dan kita dah ada empire kita sendiri.. berkat tolak ansur mama, hasilnya dah terbukti… amin…

"Papa ucapkan salam sayang anniversary dan happy birthdays to u syg… @almynadiaofficial terima kasih terima papa seadanya… pssssss (tito klu blh kurang berkeroh sikit blh? Susah nk lena..) 🙈," kata Fizz pula.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan, Afrina Arianna, 5, Afrina Aurora, 4, Afrina Ayra, 3 dan Nur Afrina Aisyah, berusia empat bulan. Mereka juga mempunyai anak angkat, Afrina Darwisyah, 11.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: