27 April 2022

BILA SITI NURHALIZA SEBAK, RINDU JADI ORANG BIASA



Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin baru-baru ini ada memuat naik perkongsian video berdurasi 13 minit dan 53 saat di Instagramnya dimana dia meluahkan rasa syukur berada di hadapan Kaabah selepas menunaikan tawaf sunat dan menunggu waktu untuk solat sunat Dhuha.


Dalam video tersebut, penyanyi berusia 43 tahun itu turut dilihat tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika berada di Makkah menunaikan umrah ketika ini. Ujar Siti, dia rindu hidup seperti orang biasa.

"Ini yang saya rindu sebenarnya. Saya jadi orang biasa, dapat hidup macam ini. Duduk dengan orang biasa macam ini buat saya jadi manusia sekecil-kecilnya. Saya suka duduk macam ini, ramai orang tak kenal saya pun dan masing-masing berebut berdoa. Ini yang saya rindukan walaupun suami tidak dapat ikut sama tapi dia izinkan saya berada di sini.

Klik untuk gambar besar



"Walaupun berat juga hati terpaksa meninggalkan anak, Aafiyah dan Afwa tetapi saya yakin Allah tolong jagakan anak-anak dengan baik bersama pembantu," katanya turut sebak kerana rindu serta terkenangkan dua cahaya matanya yang masih kecil.

Siti berkata, dia juga berseorangan masuk ke kawasan Kaabah untuk mengerjakan tawaf sunat. Katanya, ketika itu dua kakak iparnya yang ikut serta bersama masih berada di hotel.

"Saya seorang saja ni. Bila terpanggil nak buat tawaf sunat, kalau hati saya kuat, saya buat sendiri. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya. Saya sentiasa husnuzon, reda dan tenang," ujarnya.



Dalam masa sama, Siti bersyukur dapat beribadat di Makkah sebelum berangkat ke Madinah pula. Katanya, rezeki dia masuk ke Makkah dulu dan perancangan Allah itu sangat baik kerana ketika ini ramai orang sudah mula memasuki Makkah untuk mengejar malam 27 Ramadan.

Terdahulu, Siti menghabiskan hari-hari terakhir Ramadan tahun ini di Makkah selepas berangkat mengerjakan umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa pada 25 April lalu.

Siti dijangka kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri minggu depan. Kali terakhir Siti menunaikan umrah adalah pada 2019 bersama suami, anak dan pengasuhnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: