27 April 2022

UYAINA AKUI MENYESAL TERLALU KAGUMI SITI BAINUN



"Saya akui pernah menemu bual Bainun untuk sebuah program Wanita Hari Ini (WHI) dengan tajuk Berkorban Apa Sahaja untuk siaran hari raya Haji, dua tahun lepas. Bila menemu bual, saya begitu kagumi dia, hormati dia.


"Iyalah, usia dia baru 28 tahun waktu itu namun dia sanggup mengenepikan zaman mudanya untuk berbakti, menjaga anak berstatus Orang Kurang Upaya (OKU). Ia buatkan saya refleks pada diri, usia yang sama apakah saya sudah banyak membuat sumbangan kepada masyarakat?

"Betul-betul kagum dengan dia masa itu. Dia tak kahwin lagi, mendedikasikan hidup pada hal kebajikan, bagi saya, dia satu dalam sejuta," itulah kata pelakon dan pengacara Uyaina Arshad.

Pernah menemubual Siti Bainun dalam sebuah program bual bicara sebelum ini, Uyaina mengaku pernah rasa kagum terhadap pengasas Rumah Bonda itu apatah lagi wanita itu dimana dia sanggup ketepikan zaman muda untuk menjaga anak Orang Kurang Upaya (OKU).

Kini, Uyaina bersama seluruh masyarakat menyokong pembelaan buat adik Bella agar pelaku yang mendera kanak-kanak sindrom down itu dikenakan hukuman undang-undang.

Bagaimanapun, Uyaina berkata dia mengakui menyesal apabila satu demi satu penganiayaan terhadap adik Bella yang didakwa dilakukan oleh wanita itu mula tersebar dan dibicarakan di mahkamah.

"Tentulah saya rasa terkejut dan kecewa. Satu persatu terbongkar. Betul kata orang, kalau kita nak kagumkan seseorang iu, jangan sampai terlalu taksub. Sekarang ini, senang saja kita nak taksub. Orang buat baik sikit, kita rasa oh dia betul-betul baik.

"Kita sehinggakan lupa, bahawa setiap daripada kita juga ada sisi negatif. Cuma, Bainun ini, angkaranya semua terbongkar. Rasa menyesal pun ada saya. Itulah, kita tak pernah tahu kebenaran sehinggalah semua dilondehkan," ujarnya.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran itu berharap kes tersebut dapat diselesaikan dengan segera dan pihak yang salah akan menerima hukuman sepatutnya.

"Kes ini pun masih dibicarakan di mahkamah. Tak adil untuk kita semua suka-suka nak cakap apa-apa. Saya harap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat. Yang salah, harus dapat hukuman setimpal dan semaksimumnya. Tak ada kompromi, tak ada dikurangkan atau apa! Saya harap pihak yang teraniaya akan dapat pembelaan dan kebenaran akan menyebelahi," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: