27 April 2022

"YANG BOLEH SEKAT ADALAH MAHKAMAH" - ANNUAR MUSA JELAS SKMM TIADA KUASA SEKAT MV 'KELEPOK RAYA' ALIFF SYUKRI



"Kalau sekat dahulu, orang boleh saman kita. Kalau mahu sekat, perlu berdasarkan kepada undang-undang. Kementerian tidak boleh sekat. Yang boleh buat keputusan sekat adalah mahkamah. Kementerian hanya melaksana. Kalau menteri boleh sekat.


"Saya ni hari-hari ada benda nak sekat. Tapi kena ikut undang-undang. Dia ada kaedah," demikian ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang menjelaskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tiada kuasa untuk menyekat video muzik (MV) lagu berjudul 'Kelepok Raya' nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Mengulas cadangan segelintir pihak yang mahu MV lagu tersebut dipadam daripada laman YouTube dan media sosial, Annuar Musa berkata, sekatan berkenaan hanya boleh dilakukan apabila mendapat perintah mahkamah.

MV raya berkenaan yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan masyarakat.

Klik untuk gambar besar



Pada pagi Selasa, Aliff tiba di perkarangan SKMM diiringi dua individu. Kehadiran selebriti kontroversi itu bagi memberikan keterangan berhubung klip video muzik lagu nyanyiannya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Dalam pada itu, Annuar berkata selagi sesuatu perkara tersebut tidak dapat dibuktikan menyalahi undang-undang, maka tiada tindakan yang akan diambil.

"Hanya kalau melanggar undang-undang, baru akan ada tindakan yang boleh dibuat. Kalau tiada, kita tidak boleh buat sesuatu atas dasar ikut suka. Sebab SKMM bawah saya. Kalau saya beri pendapat, nanti siasatan dipengaruhi oleh saya," katanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: