27 April 2022

SEKIAN LAMA BERAHSIA - HALIM OTHMAN MAHU BAWA PUTERI TUNGGALNYA BALIK BERAYA DI TERENGGANU



Dalam satu temu bual menerusi program MeleTop pada malam Selasa, pengacara Halim Othman memberitahu yang dia berniat untuk membawa anak tunggalnya iaitu Myra Natasya balik beraya ke kampung halamannya di Terengganu, selepas pendedahan mempunyai cahaya mata.


Halim, 56, berkata, dia ingin memperkenalkan Myra yang juga seorang pengacara dan pelakon kepada kawan-kawannya selepas 27 tahun menyimpan rahsia itu.

Namun begitu, dia hormati hak bekas isterinya dengan membiarkan anak perempuannya itu beraya dahulu bersama ibunya di Kuala Lumpur sebelum membawanya balik ke Terengganu.

"Saya punya niat nak bawa dia jalan-jalan selepas dah diumumkan dan jadi public (hubungan anak-beranak), saya nak bawa dia balik ke Terengganu. Ramai kawan-kawan saya yang nak jumpa dia.

"Tapi raya pertama saya akan hormati hak ibunya, biarkan dia beraya dengan ibunya dahulu di Kuala Lumpur, lepas itu mungkin bawa lari," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, ketika ditanya pengacara Uyaina Arshad mengapa baru sekarang mendedahkan rahsia itu, Halim berkata, apa yang berlaku mungkin sudah tertulis.

"Myra seperti hadiah misteri dan akan terbongkar pada waktu yang sesuai. Bagi saya semuanya dah tertulis. Masa saya sedang mengacarakan Roda Impian tahun 1996, Myra ketika itu baru umur setahun dan saya selalu terfikir nak bawa dia datang ke sini (studio 1), tak sangka akhirnya selepas 26 tahun dia jejakan kaki di sini," katanya.

Untuk makluman, Myra merupakan anak Halim dengan bekas isterinya yang lahir pada tahun 1995 selepas setahun mendirikan rumah tangga di Thailand.

Terdahulu, Myra bersyukur bapanya bersetuju untuk mendedahkan hubungan sebenar mereka selepas 27 tahun menyimpan rahsia.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: