21 April 2022

ISU ABANG QU DEDAH BERLAKON JADI PA - VIDA TAMPIL JELASKAN PERKARA SEBENAR



"Sekarang ini dia memang tidak bekerja dengan saya lagi. Perjanjian asalnya memang saya mencari talent untuk video muzik (MV) lagu terbaharu saya berjudul Ku Ikhlaskan. Saya pilih dia kerana merasakan dia mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian. Bagaimanapun sebelum ini pihak saya sudah keluarkan surat tawaran kerja yang mana perlu semakan berulang kali untuk persetujuan bersama, namun belum ada kata putus.


"Baru sebulan siapkan MV dia sudah buat begini. Sudah pandai cedok ilmu drama dan bercerita untuk tambah view di media sosial. Saya sendiri tidak tahu kenapa dia buat perangai begini. Mungkin mahu elak dari memberi komitmen lanjut," itulah jawab jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang tampil menjelaskan perkara sebenar susulan pendedahan Qush atau dikenali sebagai Abang Qu bahawa dia sudah tidak berkhidmat sebagai pembantu peribadi (PA).

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, yang mengesahkan perkara itu berkata, pada awalnya dia mengambil Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar hanyalah untuk berlakon dalam muzik video (MV) lagu baharunya 'Ku Ikhlaskan'. Tambah Vida, pihaknya kemudian berhasrat untuk mengambil Qush sebagai pekerja dan dalam proses mengeluarkan surat tawaran kepadanya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Vida juga menafikan isu yang sedang diperkatakan ini adalah sengaja direka oleh pihaknya untuk menghangatkan lagi kisah tentang dirinya. Kata Vida, dia menganggap ini adalah sebagai ujian dan peringatan supaya lebih berhati-hati memilih orang yang rapat dengannya.

"Ini adalah kisah benar. Saya tak sempat pun nak buat drama. Saya sudah berhadapan dengan pelbagai ujian dan ini adalah salah satu darinya. Ini juga peringatan kepada saya terhadap orang yang mahu mengambil kesempatan untuk popular. Dia sengaja mahu isu ini diperbesarkan," ujarnya.


Pada 25 Februari lalu, Qush diumumkan sebagai PA kepada Vida dan sekaligus menerima gaji sebanyak RM10,000 sebulan selain turut tampil dalam MV terbaharu usahawan itu. Namun jejaka berkenaan membuat pendedahan mengejutkan di IG live mendedahkan dirinya hanya berlakon sebagai PA Vida selama ini.

Menerusi sesi siaran langsung tersebut, Qusyairi mengakui bahawa dia tidak lagi berkolabrasi bersama majikannya itu kerana sehingga kini tiada sebarang surat tawaran atau perjanjian kerja diberikan oleh Vida.

"Selepas selesai rakaman muzik video 'Ku Ikhlaskan', saya menunggu surat perjanjian kerja kerana ia sangat penting, tapi masih tidak ada. Tidaklah saya guna perkataan berhenti, sebab awalnya ditawar untuk kolaborasi, tapi kini kami tidak lagi jalankan apa-apa kolaborasi bersama," kata Qush.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: