18 April 2022

JADI DUTA TANPA KIRA SOAL BAYARAN - AZMI SAAT TERINGIN BANTU MANGSA BANJIR, IKUT MISI KE SYRIA TAPI BIMBANG MENYUSAHKAN



Menjadi salah seorang duta bagi pertubuhan amal Yayasan Maghfirah sejak tiga tahun lalu, penyanyi Azmi Saat yang mahu mengumpul saham akhirat itu mendedahkan dia tidak pernah meletakkan sebarang bayaran.


Meskipun tidak menerima bayaran, Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd. Saat berkata pihak yayasan tetap memberikan wang saku setiap bulan bagi memudahkan dia menghadiri program anjuran mereka.

"Saya memang seronok bila dapat tawaran jadi duta. Mula-mula mereka tanya berapa bayaran tapi untuk program macam ini, memang saya tak letakkan sebarang bayaran. Sebab saya pun tak tahu nak bantu macam mana, jadi dapat peluang dengan cara macam ini dah dianggap satu rezeki. Saya tolong bantu promosi yang mereka perlukan di laman sosial.

"Ikutkan memang tak ada bayaran untuk jadi duta. Tapi mereka tetap beri wang pembelanjaan dari segi duit tambang atau duit minyak setiap bulan," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, vokalis kumpulan Caliph Buskers itu mengakui dia berasa terkilan kerana tidak dapat mengikuti misi bantuan ke Syria dan mangsa banjir kerana bimbang membebankan orang lain.

"Saya akan turut serta dalam program yang mereka adakan jika waktu itu saya tengah free tapi setakat ini banyak juga saya dapat join. Ini pun selepas tahun ketiga saya menjadi duta. Banyak program mereka lakukan tapi ada yang saya tak dapat nak turun padang seperti membantu mangsa banjir sebab kalau saya pergi pun, saya nak tolong apa.

"Sedih juga tak dapat join tapi bila fikir balik kalau saya datang pun macam menyusahkan orang lain pula. Kadang-kadang rasa cemburu juga tengok mereka ikut misi bantuan ke Syria dan luar negara. Saya nak juga merasai pengalaman itu tapi kalau pergi pun akan menyusahkan orang. Tapi kalau ada yang memang sudi bawa saya memang nak juga pergi," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: