18 April 2022

SHUK NAFI KAHWINI FARA SALLEH, MAHU SELESAI SATU PERSATU: "HUBUNGAN DENGAN SERA PUN TAK TAHU PENGAKHIRANNYA MACAM MANA"



"Belum berkahwin. Pada saya, kalau nak buat apa pun (kahwin lain) saya perlu selesaikan satu persatu isu yang ada dahulu. Hubungan saya dengan Sera pun tak tahu pengakhirannya macam mana. Jadi, saya sedang aturkan yang terbaik. Bukan untuk kehidupan saya, tetapi untuk semua pihak, daripada semua sudut, keluarga dan anak-anak.


"Doakanlah yang terbaik sebab saya pun dah penat nak cakap itu dan ini," itulah kata Shuk Sahar yang menjawab konflik rumah tangganya dimana ia masih belum berkesudahan apabila pelawak itu kali kini didakwa sudah berkahwin dengan kekasihnya iaitu Fara Salleh.

Sebelum ini, timbul dakwaan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar sudah berkahwin dengan Farah selepas wanita itu berkongsi video kemesraan mereka di TikTok. Shuk, 36, bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut dan berkata, dia perlu menyelesaikan hal rumah tangganya dahulu jika mahu berkahwin lain.

Klik untuk gambar besar



Malah, isteri kepada Shuk juga pernah memuat naik video dia berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada Mac lalu yang menimbulkan spekulasi mengenai perceraian mereka. Dalam pada itu, Shuk memberitahu dia sudah serik untuk memberi penjelasan setiap kali isu mengenai dirinya tular di media sosial.

"Bila saya cakap begini, orang kata saya nak berlakon jadi mangsa. Bila saya mengaku salah, orang kata saya bangga pula dengan kesalahan yang dibuat. Jadi saya nak jawab macam mana lagi? Itu sebab saya cuma minta semua orang doakan yang terbaik saja.

"Tapi pasal kahwin itu, memang betul saya belum berkahwin lagi. Kalau dah kahwin, saya akan jemput. Benda baik kenapa tak jemput. Tapi buat masa sekarang, saya punya perancangan hidup itu lebih kepada nak fokus bisnes. Tak fikir pun dasal hal lain," ujarnya.


Sementara itu, ditanya mengenai hubungannya dengan anak-anak, kata Shuk, dia tidak pernah melupakan kedua anaknya iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2 meskipun mereka kini berada di Sabah.

"Saya memang kisah tentang mereka. Saya pun ada berhubung cuma yela, masa saya dengan anak-anak memang kurang la sebab salah satunya mereka kini berada di Sabah. Kebanyakkan masa pun anak-anak dengan Sera. Dari segi kebajikan anak-anak memang Sera jaga anak-anak dengan cukup baik," tuturnya.

Untuk makluman, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan dua anak perempuan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: