17 April 2022

SITI NORDIANA: "RAYYAN IKUT PERANGAI ARWAH ABAH RAYYAN... SAMBAL KEGEMARAN, TAK SUKA BAWANG... KALAU GELAK SEBIJI"



Menerusi sebuah video terbaru yang dimuat naik di saluran YouTube, penyanyi dan pelakon Siti Nordiana sedang menikmati juadah kegemaran anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie sambil menonton drama lakonan bekas suaminya, Allahyarham Mohd Faizal Yusup.


Dalam video tersebut, Siti Nordiana atau mesra disapa dengan panggilan Nana berkata, anak lelakinya itu mewarisi perangai arwah bapanya apabila sama-sama tidak suka bawang dan sambal merupakan kegemaran mereka berdua.

"Sebenarnya Rayyan, Rayyan ikut perangai abah Rayyan. Dulu, opah yang ajar mama resipi ini. Abah Rayyan tak boleh masak (makanan) yang ada bawang. Nana kena 'blender' (kisar)' dia cakap. Jadi, mama pun 'blender' lah. Ini juga adalah sambal kegemaran abah Rayyan, turun ke anaknya ya. Jadi, sebab itulah Rayyan tak suka bawang sebab Rayyan mewarisi daripada Abah," katanya.

Klik untuk gambar besar



Tambah Nana, Rayyan juga mewarisi ekspresi ketawa arwah Faizal: "Eh ada lagi. Kalau ada abah gelak, sebiji macam Rayyan. Kalau Rayyan gelak, sebiji macam dia, mata tak nampak. Kalau Rayyan kurus, macam itulah Rayyan. Rayyan kan nak diet," ujarnya.

Dalam video berdurasi lebih 7 minit itu juga, Nana turut berkongsi kepada Rayyan mengenai kehebatan Faizal sebagai pelakon: "Rayyan jangan lupa baca Al-Fatihah selalu dekat abah tahu. Dia sayang gila kat Rayyan, tahu? Abah Rayyan dulu popular. Lakonan dia tiptop, 'power'," tuturnya.

Untuk makluman, Faizal meninggal dunia pada 1 Januari 2011 di usia 33 tahun selepas diserang masalah jantung.





















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: